Tuesday 5 November 2013

Tuesday 30 July 2013

MINGGU AKHIR PERSEKOLAHAN



nampaknya sambutan raya semakin hangat sekarang ni. yela minggu terakhir sekolah dah. mesti semua dah buat persiapan kan..baju raya, kasut raya, kueh raya, beg raya, stokin raya dan yang  paling penting mestilah duit raya.. ;)

Kepada murid-murid SK Kampong Kedah, jangan main mercun tau. Nanti Langsung tak boleh raya. Duit raya nanti jangan lupa simpan.buat penabungan dari sekarang.



KAMI WARGA SK KAMPONG KEDAH 
MENGUCAPKAN 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.





Monday 29 July 2013

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Shukri dan Cikgu Johari kerana telah dinaikkan pangkat. ;)
Ustaz Shukri telah dilantik sebagai PK Pentadbiran menggantikan Cikgu Jaafar manakala Cikgu Johari pula sebagai PK HEM. PK KOKU telah digantikan dengan cikgu baru iaitu Pn. Norihan.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN BERDEDIKASI.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Selamat bekerja di tempat baru kepada cikgu Norfaizan dan cikgu Amer.Ckgu Faizan telah dapat berpindah ke Kulim ( SK CONVENT) manakala Cikgu Amer pula ke Johor.

Terima kasih diatas segala jasa kalian sepanjang di SK KAMPONG KEDAH.



Selamat datang pula diucapkan kepada cikgu- cikgu yang baru ditukarkan ke sini.. Semoga dengan kedatangan cikgu-cikgu baru ni sekolah kita bertambah maju ye.. ;)

Wednesday 10 July 2013

PERCUBAAN UPSR

PERCUBAAN UPSR 2013
TARIKH : 16-17 JULAI 2013

SALAM RAMADHAN


Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SKKK yang beragama islam,

Sukan tahunan

alhamdulillah SUKAN TAHUNAN KE- 32 telah selesai diadakan pada 27 Jun 2013(Khamis) yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Zainudin bin Mahmud, Penyelia Sukan PPD Kerian.

##RUMAH HIJAU ZAMRUD TELAH MENJADI JOHAN PADA TAHUN INI. TAHNIAH!!##


 Gambar: sukan skkk 2013

Gambar: ..AKU, NORMA N SMURF-Sukan tahunan SKKK 2013

Sunday 2 June 2013

BERSARA

Selamat bersara diucapkan kepada PK PENTADBIRAN kita iaitu TN. HAJI JAAFAR BIN AHMAD atau lebih mesra dikenali dengan nama CIKGU JAAPAQ..hehe...segala jasa dan sumbangan beliau selama di sekolah ini amat dihargai. JASAMU DIKENANG..


Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad

Thursday 30 May 2013

CUTI PENGGAL

Assalamualaikummmmm...

wah wah seronoknya bercuti  murid-murid semua ya..;-)
nampaknya dh seminggu berlalu cuti penggal persekolahan kali ini. Bermakna hanya tinggal lagi seminggu untuk murid-murid semua bersuka ria.haa..jangan asyik bersuka saja.. kerja sekolah yang cikgu bagi bertimbun tu jangan lupa siapkan yee..

Bagi murid-murid tahun 6, sepanjang cuti sekolah ni mereka dipenuhi dengan kelas tambahan dan teknik menjawab soalan bagi semua subjek. Belajar rajin-rajin ya murid-murid.


murid tahun 6 sedang mendengar Teknik Menjawab Soalan

Tuesday 21 May 2013

SELAMAT HENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Hmm..sedar tak sedar dah sampai pertengahan tahun, begitu pantas masa berlalu.dah exam pulak,lepas exam cuti lagi...jadi manfaatkanlah masa yang ada :) dengan sebaiknya. Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya. Pihak SK Kg Kedah mengucapkan selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun 2013 (20 Mei - 23 Mei) dengan iringan doa semoga berjaya dan sentiasa cemerlang semuanya..amin! :)

Doa (senjata) peperiksaan..kena usaha baca buku dan study juga ya :
Jangan lupa baca doa..semoga dipermudahkan soalan yang susah :)

Murid2 ce teka kelas mana ni? :)

HARI GURU SK KG KEDAH 2013

Segala pujian dan syukur kehadrat Ilahi, seperti dirancang program sambutan Hari Guru SKKK berjalan dengan lancar dan berjaya. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terlibat menjayakan program samaada secara langsung atau sebalik tadbir...GURU MALAYSIA : 1 Aspirasi, 1 Agenda..SELAMAT HARI GURU, CIKGU!
Program dimulakan dengan acara rasmi..perhimpunan pagi dengan nyanyian lagu negaraku bacaan perutusan hari guru

Deklamasi sajak oleh adik Fadhilah & Fatin bertajuk Guru Oh Guru, karya Usman Awanng.

 C. Jaafar meninggalkan SK Kg Kedah dan akan bersara pada akhir Mei 2013.

Pertandingan mewarna untuk murid tahap 1, My Wonderful Teachers :)

Sukaneka untuk murid tahap 2, murid perempuan dan guru perempuan sahaja :)

 Bergambar bersama guru setelah penat bersukaneka :)

 U.Shukri merenung masa hadapan..generasi SK Kg Kedah

 Peralawanan persahabatan diantara guru dan murid :)

 Orang kuat SK Kg Kedah, berehat di kantin setelah penat bermain bola :)

 Persembahan la pulak...setiap kelas membuat persembahan wajib sempena hari guru :)

Technician SK Kg Kedah aka kaki karaoke nih..tengah setting lagu baik punya!

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN FUTSAL SKKK 2013

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya, dan yang kalah tu cuba lagi lain kali :)
Juga jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan ini..
Keputusan perlawanan :
Johan : Team 3 (U. Shihan & Shukri)
Naib  : Team 6 (C. Chakra & En. Mazlan)
Ketiga: Team 4 (U.Hafiz & C.Jefri)

Peralawanan akhir (The Champion)
U.Hafiz pengadil perlawanan akhir,C,Chakra pemain harapan.. :)

Team 3, Johan Kejohanan Futsal SKKK edisi 2013 dibawah bimbingan U.Shukri dan U.Shihan.
Tahniah!

 Pengadil, C.Farood yang banyak membantu menjayakan kejohanan

 Penyokong setia, walaupun tewas tetap memberi sokongan :)

Barisan penyokong, pakguard (abg man) turut menyaksikan perlawanan.


Monday 20 May 2013

SEPARUH AKHIR KEJOHANAN FUTSAL SKKK 2013

Separuh akhir pertama : Team 6 vs Team 5 : 2-2 (*Team 6 layak dengan jaringan penalti 2-1)

Tu dia..geng kaya lwn geng miskin tanpa berbaju :), mohon sumbangan!

Separuh akhir kedua : Team 4 vs Team 3 : 2-3

Team bola jaring lwn bola sepak nih.. :)

Tahniah kepada pasukan yang layak ke perlawanan akhir..

Monday 13 May 2013

KEJOHANAN FUTSAL SK KG KEDAH 2013

*Esok 14 Mei 2013 (Selasa) perlawanan di antara Team 1&3 dan 5 jam 4-6 ptg di SKKK
Jadual perlawanan pada hari selasa :

Jadual perlawanan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir :

KEJOHANAN FUTSAL SK KG KEDAH KEMBALI LAGI..

Antara perlawanan yang telah berlangsung pada 13 Mei 2013 pada sebelah petang melibatkan Group A terdiri dari 3 pasukan.
Team 2 (C. Farood & Ameer)
Team 6 (C. Chakra & En. Mazlan)
Team 4 (U. Hafiz & C. Jefri)
Keputusan perlawanan :
P1 : Team 2 vs Team 6 : 0-4
P2 : Team 2 vs Team 4 : 0-0
P3 : Team 4 vs Team 2 : 4-3
* Team 6 dan 4 layak ke pusingan seterusnya (Separuh Akhir) pada hari rabu 15/03/2013 jam 5 ptg.

 Kapten menggelecek 2 org pemain...hebat demo!

 C.Farood sedia untuk menembak ke arah gol

 Team 4 geng U.Hafiz,ni bkn team bola jaring ye :)
U.Shihan pengadil perlawanan diimport dari FIFA dengan bayaran air sirap 2 gelas :)

Sunday 28 April 2013

Part 2 : Akhirnya...lawatan ke Zoo Taiping

Ada sambungan pulah dah..macam ini pun boleh ke :) Hmm, tadi tu qambaq kat p.buntar dan dalam keretapi. Ini kali kita layan gambaq kat taiping pulak ler..banyak sangat gambonyer, kite pilih yang best2 je ok :)

aha..dah sampai pun, hati2 turun keretapi ye adik2! naik pandai, tp turun xbrp pandai..huhu!

turun di stesyen keretapi Taiping...kg kedah mali maa..

berada di stesyen keretapi taiping..sdg menunggu bas untuk ke muzium perak dulu..ramainye!ade 104 org kot yang join :)

Tugu apa ni cikgu?baca la sendiri,ada dia tulis kat situ..nama dia kolonel robert a.k.a ketua penjajah british di perak dan selangor. dia kena sumpah jd batu kot..hehe!tu la jahat sangat

Melihat ular sawa..tingkat bawah ada banyak rangka binatang..kat atas ada sejarah orang asli a.k.a orang asal!



 hiyarkhh! Ombak 5 in the making :)


 Yang dok kat blakang tu gila gadjet..yang sorang kat depan tu pasai apa dok temenung?mungkin kehabisan wang kot.. :)