Monday 13 October 2014

Tanda kehadiran melalui telefon bimbit

Tanda Kehadiran di Telefon bimbit
(untuk cikgu-cikgi sahaja)
Mulai tahun depan, SPS lite akan dilaksanakan seluruh Malaysia berdasarkan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semua guru perlu install SPS lite dengan mendapatkannya di telefon bimbit masing-masing. Cari di Play Store (untuk Android) atau di APPS Store bagi telefon jenama Apple/ Blackberry.
Kelebihan menggunakan SPS lite ialah guru kelas boleh menanda kehadiran dari telefon bimbit secara online dan juga secara offline.
Sekiranya pelajar dalam kelas cikgu berpindah atau bertambah, cikgu perlu uninstall dan install semula apps sps lite untuk update.
Selamat mencuba.


Monday 22 September 2014

Apa itu kemurungan?

Kemurungan ialah keadaan di mana seseorang merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, ketiadaan motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Sekiranya perasaan ini hadir untuk seketika, ia mungkin sekadar ‘the blues’ sahaja. Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan menganggu aktiviti harian seperti bekerja, hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar itu adalah kemurungan yang serius.

murung 

Tanda-tanda dan simpton kemurungan

1. Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong. Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu memperbaiki situasi tersebut.

2. Hilang minat dalam melakukan aktiviti harian. Tiba-tiba hilang minat untuk melakukan hobi anda, tidak mahu bersosial, tidak berselera terhadap isteri. Senang cerita anda kehilangan perasaan mahu bergembira.

3. Tidur anda berubah. Sama ada anda tidak boleh tidur langsung atau tidur terlalu lama

4. Senang marah dan sentiasa rasa tidak senang. Mungkin anda akan akan bertindak ganas kerana tahap tolak ansur berkurangan. Semua benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda.

5. Tidak boleh fokus dan tidak boleh mengingati sesuatu perkara

6. Tiba-tiba sering pening dan sakit-sakit di badan seperti sakit belakang, sakit perut, sakit otot dan sebagainya.

5 cara untuk mengatasi kemurungan

1. Amalkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tercinta seperti isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.

2. Bersenam. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari akan mempunyai impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental anda. Dengan bersenam, anda akan terasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari anda. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.

3. Berfikir secara positif. Menjadi seorang ‘positive thinker’ adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan dan kebosanan dalam hidup anda. Cari sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan anda rasa gembira untuk hidup hari ini.

4. Amalkan diet yang seimbang. Kalau terlebih makan atau terkurang makan, ia pasti memberikan impak yang negative kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang buat anda. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus melengkung seperti model kerana ia akan membuatkan anda stress dan tidak bertenaga.

5. Tingkatkan penampilan anda. Sekiranya anda mengambil berat mengenai cara pemakaian dan penampilan anda setiap hari, pasti anda akan merasa lebih gembira dengan diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan cantik. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.
Bersabarlah wahai guru- guru dan murid- murid Tahun 6. InsyaAllah kejayaan bakal menjadi milik kalian. 

Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Selamat Maju Jaya.

Monday 23 June 2014

SUKAN TAHUNAN SK KAMPONG KEDAH

TARIKH : 27 . 06. 2014
HARI : KHAMIS
MASA : 3.00 PTG
PADANG SK KAMPONG KEDAH



Monday 16 June 2014

ALHAMDULILLAH..

Bermulanya minggu pertama persekolahan setelah hampir 2minggu bercuti. 

Dalam kegembiraan kita untuk bersekolah ada sedikit duka. Kita kehilangan 2 orang ustaz yang sangat berdedikasi iaitu Ustaz Fariq dan Ustaz Syahrul. Mereka telah ditugaskan di tempat baru. Semoga mereka terus sukses dan ingat-ingat sama SK KAMPONG KEDAH YEEE.Jasa kalian akan dikenang. TERIMA KASIH di atas  khidmat anda di sini..

Patah tumbuh hilang berganti. Itulah yang sering kita dengari. ;-) SELAMAT DATANG diucapkan kepada Ustaz dan Ustazah baru kita. Kami warga SK KAMPONG KEDAH sentiasa mengalukan kedatangan anda.

Tuesday 20 May 2014

Wednesday 16 April 2014

PENYERAHAN WANG BANTUAN KWAMP

Hari   :  Isnin
Tarikh :  14.04.14
Tempat :  Kantin Sekolah

Tuesday 25 March 2014

PROGRAM JAYA WARIS & BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN 2014

PROGRAM JAYA WARIS & BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100



Ustaz Shukri Penolong Kanan Pentadbiran memberi ucapan dan taklimat

Cikgu Jefri mempengerusikan Majlis





Nama Program : Program Waris Jaya
Tarikh : 23 Januari 2014 Khamis
Masa    : 2.20 ptg- 5.00 ptg
Tempat : Dewan SK Kampong Kedah
Sasaran : Murid Tahun 6 dan Bantuan RM100 utk smua murid

Objektif :
1. Sebagai santapan rohani dalam menuju kecemerlangan UPSR 2014.
2. Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri calon-calon UPSR 2014 ke arah mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
3. Membentuk permuafakatan yang jitu dan kukuh antara ibu bapa calon UPSR 2014 dengan pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program peningkatan prestasi anak-anak bagi memastikan kejayaan anak-anak.
4. Memberi pendedahan awal dan makluman kepada ibu bapa tentang program UPSR yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2014.

Penilaian Program :
1. Kerjasama yang baik di kalangan guru, ibu bapa dan murid.
2. Perjalanan aktiviti mengikut masa yang ditetapkan.
3. Kaunselor jemputan yang berpengalaman.