Apa itu kemurungan?
Kemurungan ialah keadaan di mana seseorang merasa sedih, hilang
harapan, tidak bersemangat, ketiadaan motivasi dan tidak berminat dengan
kehidupan. Sekiranya perasaan ini hadir untuk seketika, ia mungkin
sekadar ‘the blues’ sahaja. Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan
sehingga lebih daripada 2 minggu dan menganggu aktiviti harian seperti
bekerja, hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar
itu adalah kemurungan yang serius.
Tanda-tanda dan simpton kemurungan
1. Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong.
Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu
memperbaiki situasi tersebut.
2. Hilang minat dalam melakukan aktiviti harian. Tiba-tiba
hilang minat untuk melakukan hobi anda, tidak mahu bersosial, tidak
berselera terhadap isteri. Senang cerita anda kehilangan perasaan mahu
bergembira.
3. Tidur anda berubah. Sama ada anda tidak boleh tidur langsung atau tidur terlalu lama
4. Senang marah dan sentiasa rasa tidak senang. Mungkin anda akan
akan bertindak ganas kerana tahap tolak ansur berkurangan. Semua
benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda.
5. Tidak boleh fokus dan tidak boleh mengingati sesuatu perkara
6. Tiba-tiba sering pening dan sakit-sakit di badan seperti sakit belakang, sakit perut, sakit otot dan sebagainya.
5 cara untuk mengatasi kemurungan
1. Amalkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa dengan orang
tercinta seperti isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat.
Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.
2.
Bersenam. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari akan mempunyai
impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental anda. Dengan bersenam,
anda akan terasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk
mengharungi hari-hari anda. Jangan lupa untuk merancang senaman dan
tidak melakukannya secara membabi buta.
3. Berfikir secara positif. Menjadi seorang ‘positive thinker’
adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan.
Buangkan rasa negatif, tiada harapan dan kebosanan dalam hidup anda.
Cari sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan anda rasa gembira
untuk hidup hari ini.
4. Amalkan diet yang seimbang. Kalau terlebih makan atau
terkurang makan, ia pasti memberikan impak yang negative kepada badan
dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang buat
anda. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus melengkung seperti model
kerana ia akan membuatkan anda stress dan tidak bertenaga.
5.
Tingkatkan penampilan anda. Sekiranya anda mengambil berat mengenai
cara pemakaian dan penampilan anda setiap hari, pasti anda akan merasa
lebih gembira dengan diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja
untuk kelihatan lebih tampan dan cantik. Ia pasti akan membuatkan anda
lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.